Nov 28, 2013

Cheese Tart

Assalamualaikum..selamat malam semua.Bila tengok gambar cheese tart ni teringat sitti memula buat.Memang x cantik x da seni langsung!!Kerana percubaan pertama ini la sitti berusaha sebaik mungkin.ada kisah sedih disebalik cheese tart ni..

Tempahan Pertama
BLUEBERRY CHEESE TART

Semakin hari sitti berusaha buat yang terbaik.Alhamdulillah selepas tu banyak tempahan masuk.




Design pun da semakin banyak dan cantik.Walaupun pada hakikatnya x da cantik sangat tapi sitti tetap berpuas hati.Sitti buat sebaik mungkin in shaa ALLAH.




Design yang selalu sitti buat.Bentuk Daun mengikut warna perisa yang dikehendaki oleh pelanggan.


Bila fikir asyik buat design yang sama..sitti try buat len lak..saja nak buat abstrak..nak tgk macamana penerimaan pelanggan.Alhamdulillah semua suka tapi pada sitti macam ada kurang. bila fikir punya fikir punya fikir..last2 sitti gabungkan 2 warna.WOW..memang cantik..cantik menarik tertarik kau memang DA BOOM!! hihiihi.. So ni la hasilnya





Santek kan?huhuhu..sayang lak nak makan hahahahaha..semua yang gambar yang sitti letak ni MINI CHEESE TART.Sitti buat jua jenis yang besar..ala mcm besar tart telur tu..


Nampak x beza antara kedua cheese tart tu?
tart buah tu bole abaikan huhuhu..

Alhamdulillah sepanjang sitti terima tempahan cheese tart ni banyak komen yang membina yang sitti terima.Salah satunya


Sitti Epi dengan apa yang sitti buat..Hope sitti dapat buat dengan lebih baik lagi.In shaa ALLAH amin..

Ingin melihat lebih banyak gambar?Bole la ke FB sitti untuk melihat jenis produk yang dijual

klik  J&S Bakery

Hubungi Sitti 011-370 33472 

Apam Mini Ais Kim Cornetto

Assalamualaikum...Salam Sayang..Penat rasanya badan ni tapi alhamdulillah apa yg dirancang berjalan dengan lancar amin..oleh kerana lama da sitti x menerima tempahan, akhirnya rezeki datang bergolek..Janji ALLAH pasti.Setiap manusia mempunyai rezeki masing2. cuma lambat or cepat + usaha.

Sitti menerima tempahan pertama tok Majlis pertunangan Apam Mini Ais Kim Cornetto. Syukur alhamdulillah sitti dapat siapkan on time. Memula tu x yakin dapat siapakan maklumla dengan keadaan sekarang yang x berapa nak sihat lagi.Tapi sitti gagahi jua la.nak tgk masih ada lagi tak skill memasak tu hahahahha...

Part yang paling mencabar minda ada time nak buat kon ais kim tu.Mana tak nya, kena potong pas tu gulung pas tu potong balik kiranya banyak kerja la. tapi bagi sitti itu adalah perkara biasa.Mungkin sebab da biasa buat kot rasanya,Tapi memula tu kekok gakla nak mencari rentak.Akhirnya alhamdulillah dapat jua d siapkan.

Kon 

Sebelum ni sitti gunakan kertas burger kan? sekarang ni sitti gunakan kertas nasi lemak ni.Sepanjang pemerhatian sitti, penggunaan kertas nasi ni lebih baik berbanding dengan kertas burger.Kertas burger bila terkena air kukusan akan lembap dan struktur pada kon akan berubah sepenuhnya.maksudnya tidak bulat.Berbanding dengan kertas nasi lemak ni agak tahan sedikit dan struktur tidak berubah sepenuhnya.Jadi sitti lebih suka menggunakan kertas nasi lemak ni untuk mendapatkan struktur yang cantik dan cumil huhuhu..

Pemilihan warna adalah berdasarkan permintaan pelanggan.Sitti buat mana yang mampu jer.hope dapatla mengikut citarasa yang dikehendaki. Apam aiskim yang 3 warna Unggu,biru & Pink ni tok Majlis Pertunangan..

Apam 3 Warna

Apam 4 warna ni adalah apam pertama yang diminta oleh pelanggan.Takut gak nak buat sebab semua warna ceria.

Apam 4 warna

Warna apam da cantik tapi sayang sitti gunakan kamera yang x berapa nak cantik so pic agak kabur & warna pada item pun kabur..sedih sangat..

Sebelum dibungkus

Selepas dibungkus

Alhamdulillah semua dapat disiapkan. Rezeki ALLAH..



Penggunaan Coklat lak sitti suka gunakan Dark coklat + Milkly..jenama coklat yang selalu sitti guna COLATTA.

Klo rasa² x larat nak buat or da penat sgt jom tempah dengan sitti..x rugi gak kan?..enjoy


Ingin melihat lebih banyak gambar?Bole la ke FB sitti untuk melihat jenis produk yang dijual

klik  J&S Bakery

Hubungi Sitti 011-370 33472 

Nov 26, 2013

Kerinduan..

Assalamualaikuam & Selamat malam semua..

10 bulan +++ lamanya sitti tidak update blog ini. Banyak benda yang berlaku..adakalanya lebih baik berdiam diri dari menyuarakan sesuatu..memang betul kata ustaz 'berkata benarla walaupun kebenaran itu memedihkan'.. Tapi ada sebab kenapa kebenaran itu disembunyikan..betul kan? Tapi apa nak buat.. Perancangan ALLAH lebih baik dari peramcangan manusia..betul x?

Berjiwa la pula..apa yg penting sitti berasa tenang dengan apa yg berlaku sekarang ni..biarla manusia berfikir apa yang dorg suka..apa uang penting ALLAH tahu kenapa mengapa semua ini berlaku. Apa yang mampu di ucapkan hanya maaf...

Ok back to realiti..oleh kerana lama da tak mem'baking' x da pic nk tayang..tapi alhamdulillah rezeki ALLAH x tau kan..so nantikan pic terbaru sitti ok..

Miss u all..tq 4 da support...

Senyum selalu...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...