Nov 28, 2013

Cheese Tart

Assalamualaikum..selamat malam semua.Bila tengok gambar cheese tart ni teringat sitti memula buat.Memang x cantik x da seni langsung!!Kerana percubaan pertama ini la sitti berusaha sebaik mungkin.ada kisah sedih disebalik cheese tart ni..

Tempahan Pertama
BLUEBERRY CHEESE TART

Semakin hari sitti berusaha buat yang terbaik.Alhamdulillah selepas tu banyak tempahan masuk.




Design pun da semakin banyak dan cantik.Walaupun pada hakikatnya x da cantik sangat tapi sitti tetap berpuas hati.Sitti buat sebaik mungkin in shaa ALLAH.




Design yang selalu sitti buat.Bentuk Daun mengikut warna perisa yang dikehendaki oleh pelanggan.


Bila fikir asyik buat design yang sama..sitti try buat len lak..saja nak buat abstrak..nak tgk macamana penerimaan pelanggan.Alhamdulillah semua suka tapi pada sitti macam ada kurang. bila fikir punya fikir punya fikir..last2 sitti gabungkan 2 warna.WOW..memang cantik..cantik menarik tertarik kau memang DA BOOM!! hihiihi.. So ni la hasilnya





Santek kan?huhuhu..sayang lak nak makan hahahahaha..semua yang gambar yang sitti letak ni MINI CHEESE TART.Sitti buat jua jenis yang besar..ala mcm besar tart telur tu..


Nampak x beza antara kedua cheese tart tu?
tart buah tu bole abaikan huhuhu..

Alhamdulillah sepanjang sitti terima tempahan cheese tart ni banyak komen yang membina yang sitti terima.Salah satunya


Sitti Epi dengan apa yang sitti buat..Hope sitti dapat buat dengan lebih baik lagi.In shaa ALLAH amin..

Ingin melihat lebih banyak gambar?Bole la ke FB sitti untuk melihat jenis produk yang dijual

klik  J&S Bakery

Hubungi Sitti 011-370 33472 

Apam Mini Ais Kim Cornetto

Assalamualaikum...Salam Sayang..Penat rasanya badan ni tapi alhamdulillah apa yg dirancang berjalan dengan lancar amin..oleh kerana lama da sitti x menerima tempahan, akhirnya rezeki datang bergolek..Janji ALLAH pasti.Setiap manusia mempunyai rezeki masing2. cuma lambat or cepat + usaha.

Sitti menerima tempahan pertama tok Majlis pertunangan Apam Mini Ais Kim Cornetto. Syukur alhamdulillah sitti dapat siapkan on time. Memula tu x yakin dapat siapakan maklumla dengan keadaan sekarang yang x berapa nak sihat lagi.Tapi sitti gagahi jua la.nak tgk masih ada lagi tak skill memasak tu hahahahha...

Part yang paling mencabar minda ada time nak buat kon ais kim tu.Mana tak nya, kena potong pas tu gulung pas tu potong balik kiranya banyak kerja la. tapi bagi sitti itu adalah perkara biasa.Mungkin sebab da biasa buat kot rasanya,Tapi memula tu kekok gakla nak mencari rentak.Akhirnya alhamdulillah dapat jua d siapkan.

Kon 

Sebelum ni sitti gunakan kertas burger kan? sekarang ni sitti gunakan kertas nasi lemak ni.Sepanjang pemerhatian sitti, penggunaan kertas nasi ni lebih baik berbanding dengan kertas burger.Kertas burger bila terkena air kukusan akan lembap dan struktur pada kon akan berubah sepenuhnya.maksudnya tidak bulat.Berbanding dengan kertas nasi lemak ni agak tahan sedikit dan struktur tidak berubah sepenuhnya.Jadi sitti lebih suka menggunakan kertas nasi lemak ni untuk mendapatkan struktur yang cantik dan cumil huhuhu..

Pemilihan warna adalah berdasarkan permintaan pelanggan.Sitti buat mana yang mampu jer.hope dapatla mengikut citarasa yang dikehendaki. Apam aiskim yang 3 warna Unggu,biru & Pink ni tok Majlis Pertunangan..

Apam 3 Warna

Apam 4 warna ni adalah apam pertama yang diminta oleh pelanggan.Takut gak nak buat sebab semua warna ceria.

Apam 4 warna

Warna apam da cantik tapi sayang sitti gunakan kamera yang x berapa nak cantik so pic agak kabur & warna pada item pun kabur..sedih sangat..

Sebelum dibungkus

Selepas dibungkus

Alhamdulillah semua dapat disiapkan. Rezeki ALLAH..



Penggunaan Coklat lak sitti suka gunakan Dark coklat + Milkly..jenama coklat yang selalu sitti guna COLATTA.

Klo rasa² x larat nak buat or da penat sgt jom tempah dengan sitti..x rugi gak kan?..enjoy


Ingin melihat lebih banyak gambar?Bole la ke FB sitti untuk melihat jenis produk yang dijual

klik  J&S Bakery

Hubungi Sitti 011-370 33472 

Nov 26, 2013

Kerinduan..

Assalamualaikuam & Selamat malam semua..

10 bulan +++ lamanya sitti tidak update blog ini. Banyak benda yang berlaku..adakalanya lebih baik berdiam diri dari menyuarakan sesuatu..memang betul kata ustaz 'berkata benarla walaupun kebenaran itu memedihkan'.. Tapi ada sebab kenapa kebenaran itu disembunyikan..betul kan? Tapi apa nak buat.. Perancangan ALLAH lebih baik dari peramcangan manusia..betul x?

Berjiwa la pula..apa yg penting sitti berasa tenang dengan apa yg berlaku sekarang ni..biarla manusia berfikir apa yang dorg suka..apa uang penting ALLAH tahu kenapa mengapa semua ini berlaku. Apa yang mampu di ucapkan hanya maaf...

Ok back to realiti..oleh kerana lama da tak mem'baking' x da pic nk tayang..tapi alhamdulillah rezeki ALLAH x tau kan..so nantikan pic terbaru sitti ok..

Miss u all..tq 4 da support...

Senyum selalu...



Jan 3, 2013

Blueberry Tart & Kek Kukus Masam Manis

Assalamualaikum & salam petang..lama da x update blog ni..rasanya x terlambat lagi sitti ucapkan selamat menyambut tahun baru kan?..sepajang tahun baru ni sitti hanya melepak kat dataran shah alam mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus..best gak la..

Sebenarnya sitti x dapat nak tulis panjang² sebab kepala sitti rasa macam melayang².. jom layan pic ok...

Cheese Tart Blueberry 





Kek Masam Manis





ada Ceta sebalik pembuatan kek ni tapi biarla menjadi rahsia sitti..penting janji epi kan..







apa pun kredit tok akak ita  Masam Manis sebab bagi resepi ni

Jom tgk resepi 


KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri 
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.
 

Klo rasa² x larat nak buat or da penat sgt jom tempah dengan sitti..x rugi gak kan?..enjoy



Ingin melihat lebih banyak gambar?Bole la ke FB sitti untuk melihar jenis produk yang dijual

klik  J&S Bakery

Hubungi Sitti 011-370 33472 

Dec 22, 2012

Cornetto,CC Pisang Oreo & Cheese Tart

Assalamualaikum semua..sejuk la malam ni..penat sgt sepanjang minggu ni..balik jer dari perak da kena siapkan tempahan kawan ni..memang x nak ambik tapi dia da tempah sebelum sitti dapat tahu sitti kena g perak kat pulau pangkor..nak gtau sitti nak tolak je tempahan dia tapi cian lak..memang penat time tu..hanya ALLAH jer tau

ingatkan larat la nak g kerja khamis tu tapi memang x dapat nak bangun.badan sakit2..then g la jumpa doktor..memula tu nak minta ubat jer tapi doktor cakap tekanan darah terlalu rendah.dok bg cuti 2 hari sebab takut nanti sitti jatuh or pengsan..alhamdulillah dapat cuti..

tempahan minggu ni hanya ni je mampu sitti siapkan..dengan keadaan x sihat sitti tetap siapkan & buat bersungguh2..macam drama lak hahahahaha..jom layan pic

Mini APam Cornetto




Mini CupCake Pisang Oreo



Bluberry Cheese Tart







Ingin melihat lebih banyak gambar?Bole la ke FB sitti untuk melihar jenis produk yang dijual

klik  J&S Bakery

Hubungi Sitti 019-8011149 

Dec 16, 2012

Apam & Muffin Pisang Coklat Rice

Assalamualikum & salam Pagi..hari sitti keseorangan kat rumah..x tau nak buat apa..sok dan kena g lumut..ada kerja so sitti x ambik tempahan la minggu depan..kiranya kena tunaikan kewajipan la kan..da namanya kerja so kerja la huhuhuhu..

x da apa yang story sangat..jom layan pic apa yang sitti buat sepanjang minggu ni..

Apam polkadot..


 apam ni bos tempah..dia nak bw g jejalan kat morib dengan anak dia..senang katanya..pada sitti memang senang pun x ya nak pening2 nak cari tempat nak letak



warna pun alhamdulillah bos suke katanya..hanya ni jer yg sempat ambik gmbr..hahahahha..yg len lupe..mmm


Muffin Pisang COklat Rice


Tekstur muffin pisang ni memang lembut & memang sedap..x tipu..sitti yang jarang makan pisang ni pun da ngap banyak kali hihihihihi..ditambah dengan coklat rice lagi menyedapkan muffin ni..rugi x cuba..serius memang rugi..


Nampak x bentuknya tu..nyum2 teringat lak time makan panas2..memang x dapat nak cakap la..keenakan muffin ni..



warna kuning pada muffin tu adalh pisang yang sitti lecekkan. selalunya orang akan lecek smpi hancur kan?..sitti x suke sgt klo hancur nanti x rasa tekstur pisang..yang ni memang terasa pisangnya..hope orang suke la dengan muffin ni..




Ingin melihat lebih banyak gambar?Bole la ke FB sitti untuk melihar jenis produk yang dijual

klik  J&S Bakery

Hubungi Sitti 019-8011149 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...