Nov 28, 2013

Apam Mini Ais Kim Cornetto

Assalamualaikum...Salam Sayang..Penat rasanya badan ni tapi alhamdulillah apa yg dirancang berjalan dengan lancar amin..oleh kerana lama da sitti x menerima tempahan, akhirnya rezeki datang bergolek..Janji ALLAH pasti.Setiap manusia mempunyai rezeki masing2. cuma lambat or cepat + usaha.

Sitti menerima tempahan pertama tok Majlis pertunangan Apam Mini Ais Kim Cornetto. Syukur alhamdulillah sitti dapat siapkan on time. Memula tu x yakin dapat siapakan maklumla dengan keadaan sekarang yang x berapa nak sihat lagi.Tapi sitti gagahi jua la.nak tgk masih ada lagi tak skill memasak tu hahahahha...

Part yang paling mencabar minda ada time nak buat kon ais kim tu.Mana tak nya, kena potong pas tu gulung pas tu potong balik kiranya banyak kerja la. tapi bagi sitti itu adalah perkara biasa.Mungkin sebab da biasa buat kot rasanya,Tapi memula tu kekok gakla nak mencari rentak.Akhirnya alhamdulillah dapat jua d siapkan.

Kon 

Sebelum ni sitti gunakan kertas burger kan? sekarang ni sitti gunakan kertas nasi lemak ni.Sepanjang pemerhatian sitti, penggunaan kertas nasi ni lebih baik berbanding dengan kertas burger.Kertas burger bila terkena air kukusan akan lembap dan struktur pada kon akan berubah sepenuhnya.maksudnya tidak bulat.Berbanding dengan kertas nasi lemak ni agak tahan sedikit dan struktur tidak berubah sepenuhnya.Jadi sitti lebih suka menggunakan kertas nasi lemak ni untuk mendapatkan struktur yang cantik dan cumil huhuhu..

Pemilihan warna adalah berdasarkan permintaan pelanggan.Sitti buat mana yang mampu jer.hope dapatla mengikut citarasa yang dikehendaki. Apam aiskim yang 3 warna Unggu,biru & Pink ni tok Majlis Pertunangan..

Apam 3 Warna

Apam 4 warna ni adalah apam pertama yang diminta oleh pelanggan.Takut gak nak buat sebab semua warna ceria.

Apam 4 warna

Warna apam da cantik tapi sayang sitti gunakan kamera yang x berapa nak cantik so pic agak kabur & warna pada item pun kabur..sedih sangat..

Sebelum dibungkus

Selepas dibungkus

Alhamdulillah semua dapat disiapkan. Rezeki ALLAH..



Penggunaan Coklat lak sitti suka gunakan Dark coklat + Milkly..jenama coklat yang selalu sitti guna COLATTA.

Klo rasa² x larat nak buat or da penat sgt jom tempah dengan sitti..x rugi gak kan?..enjoy


Ingin melihat lebih banyak gambar?Bole la ke FB sitti untuk melihat jenis produk yang dijual

klik  J&S Bakery

Hubungi Sitti 011-370 33472 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...