Hari ni banyak benda yang berlaku pada sitti & banyak benda baru yang sitti dapat alhamdulillah amin..benda baru sitti dapat ari ni berkaitan dengan perkataan In shaa ALLAH..pelikan kan cara sitti tulis perkataan tu..sebenarnya In shaa ALLAH adalah ejaan yang BETUL..sitti dapat tau pun dari page Ustaz Don Daniyal..selama ni sitti selalu je tulis InsyahALLAH..rupanya SALAH ejaan tu..bila di tulis In shaa ALLAh baru la betul maksudnya 'Dengan Izin ALLAH'.
Benda yang berlaku dengan sitti lak berkaitan dengan budak sekolah yang nak masuk darjah 6..msg sitti siap marah2 dan maki hamun sitti.bila sitti tanya kerja or sekolah siap cakap sekolah nak masuk darjah 6..terkejut sitti..mana taknya..ayat yang digunakan tu x sepatutnya diluahkan oleh budak sekolah..apa yang sitti bole katakan ayat KURANG AJAR...dunia2..pelbagai perangai pelik yang sitti jumpa..bahasa & tutur kata budak sekarang membuatkan sitti berfikir..apa yang berlaku?napa semua ni terjadi?salah sepa?mmm perkara ni membuatkan sitti berfikir..
Ok..hilangkan jap permasalhan tu..jom sitti nak ceta sikit sal muffin double coklat ni..da lama da sitti nak buat muffin ni sebenarnya..tapi asyik tertangguh jer..then baru petang tadi dapat buat..alhamdulillah dapat gak buat..
![]() |
Muffin yang melimpah (terlebih isi) |
Memang sedap..sumpah..rugi x cuba..muffin ni memang sedap x muak sebab sitti tambah sikit dengan nescafe..sedap hingga menjilat jari dibuatnya..ditambah dengan coklat chip & badam.. mana x sedapnya..dengan kerangupan badam & kemanisan coklat chip..nyum2 la jawabnya
Muffin ni sitti ada buat penambhan sikit..bukan banyak mana pun..sitti tambahkan coklat kat tengah2 adunan tu..so bila makan (time panas) meleleh coklat tu..mabeles jawabnya..hahah sitti memang suka sangat..oleh kerana sitti x dapat nak agak nk isi penuh or 3/4 dalam cup tu..maka dengan itu melimpah la sikit adunan tu tapi tetap sedap hihihihi..
ditambah dengan Badam memang menyedapkan lagi muffin ni..cara membuatnya pun senang..berbanding dengan cup..muffin ni tak ya nak guna mixer hanya mengasingkan bahan kering & bahan basah..campur & siap tok dibakar..senang & mudah..lagi sitti suka..hahaha
untuk mendapatkan muffin yang membukit..adunan hendakalah diletakan dalam 3/4 jer baru cantik bentuknya..adunan yang ni agak cair sikit tapi bukan macam adunan kek..
tekstur muffin ni pun memang best..lembut sangat..bila makan terasa akan kesedapan & keenakan muffin ni..bahagian atas muffin ni agak kering..rasanya lebih tahan lama berbanding dengan Cupcake..
gambar kat bawah ni adalah jenis pembungkusan yang sitti cadangkan untuk dijadikan doorgift kenduri kawen,majlis makan2 or apa saja keraian yang diadakan..harga pun murah jer..kiranya klo budget kurang..bole hubungi sitti..In shaa ALLAH bole dirunding..
![]() |
Cumilkan |
Ingin melihat lebih banyak gambar?Bole la ke FB sitti untuk melihar jenis produk yang dijual
sedap pula tengok muffin nie, dah la lum sarapan lagi nie,ahaks
ReplyDeletehahahaha..memang sedap..klo nk order je kat sitti..
ReplyDelete