Oct 10, 2012

Biskut Cream Cheese (Krim Keju)


Assalamualaikum & selamat tengahari..salam ceria semua. Hari ni x dapat nak buat entry panjang² sangat sebab pagi ini ada kursus berkaiatan dengan kesempurnaan solat. Hope dapatla menyedarkan diri sendiri betapa pentingnya kesempurnaan dalam melakukan ibadat solat..insyahALLAH nanti sitti akan kongsi bersama² yer..

Jom tengak resepi yang sitti buat ni. Resepi ni sitti terlihat kat Sentuhan Rasa Kasih Mama & Hana's menarik perhatian sitti. rasa nak mencuba..membuak² hati nak buat.alhamdulillah dapat gak la. walaupun x secantik macam mama buat tu tapi rasa memang tidak mengecewakan.sitti lupa nak snap time memula buat ni. apa pun hope korang enjoy da pic..resepi ada sekali..


time ni da potong selepas dibiarkan semalaman dalam peti.nyum² memang sedap lemak berkrim sesangat..sitti suka..bole la naikan berat badan sikit..insyahALLAH.. kat atas tu sitti letak sikit serbuk badam, nestum & milo..memang menaikkan selera & wangi sangat..cuma x kemas jer kan..milo x rata tapi SEDAP tau..




Da potong kecik². time ni banyak da masuk molot..memang sedap bangat dong hihihi..sitti merasa seperti berasa di awangan jer huhuhuhu..syukur sangat time ni sebab masih lagi dapat merasa keenakan makanan..amin






Jom tgk resepi 

Bahan

250 g cream cheese- Ct guna tatura
100 g whipping cream
susu pekat - tak de sukatan rasmi sebab sitti main masuk jer then rasa ikut tahap 
                   kemanisan yang dikehendaki.
1 bungkus julie's Cheese Crackers - dalam 1 plastik tu ada 3 baris, sitti guna 2 baris jer
Esen Vanila/lemon - untuk menghilangkan rasa muak pada cheese
Nestum
Milo & serbuk badam - ni sitti sesuka hati tambah hihihi (Kira derhaka jap)

Cara buat

1.Cream cheese dibiarkan suhu bilik. pukul bersama whipping cream sehingga kembang
2.Masukan esen vanilla/lemon bersama dengan susu pekat. yang part ni sitti agak²
   jer ikut kemanisan yang sitti nak.pukul lagi sehingga kembang..

Cara susun dalam loyang-sitti guna loyang 7"

1.Susun biskut dalam loyang yang suda diletakkan plastik.
2.letak cheese atas biskut tadi-part ni sitti guna nozel supaya senang nak ratakan
3.sitti tabur serbuk badam+nestum+milo (nyum² sungguh sedap)
4.ulang proses 1-3 sehingga selesai.
5.selesai semua proses masukan dalam peti sejuk. biarkan semalaman.

* Ni contoh biskut yang sitti guna.


so guys...SELAMAT MENCUBA..


Pagi tadi sebelum g kerja sempat lagi sitti ngap 3 ketol..hahahaha..memang tak le tahan..
klo nak datang umah sitti tapi tinggal sikit da pun..petang ni kompom HABIS hahaha.. 

Enjoy da pic














Ingin melihat Lebih banyak lagi gambar?Bole ke FB Sitti untuk melihat pelbagai jenis produk yang di jual

klik sini J&S Bakery

Hubungi sitti  019-801 1149 

Oct 6, 2012

Apam cornetto (cara buat kon)

Assalamualaikum & selamat malam..hope semua ok & sihat je yer..sitti Alhamdulillah bertambah sihat sangat hahahahahha..malam ni tempat sitti ada kenduri tahlil. Jiran sebelah rumah sitti buat sempena pemergian suami dia..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman al-fatihah...




Malam ni sitti nak tunjukkan setp by step cara membuat kon untuk apam cornetto. Sekarang ni pun apam ni menjadi salah 1 kegemaran.mungkin kerana bentuknya seperti kon mini ais krim & keunikkan aduanan yang menggunkan air ais krim soda. Bertambah2 sedap dibuatnya.walaupun sitti x pandai or mahir dalam membuat kon ni tapi InsyahALLAh sitti akan membantu sekadar yang mampu...



Jom tgk cara sitti buat kon...






 Sediakan kertas burger, pelekat & pisau lipat








Bahagikan Kertas kepada 3 bahagian  & lipat seperti ini









selepas dilipat akan menjadi macam ni 







Potong menggunakan pisau lipat & kertas akan menjadi seperti ini










bentuk kon seperti ini











kemaskan kon seperti ini

















apam yang telah masak..





Apam yang telah dicelup dengan coklat & dihiasi dengan badam bakar..

hope dapatla membantu rakan yang nak belajar..jom belajar manala tahu nanti bole buat berniaga kan?..klo nak resepi apam air ais krim soda ni klik cne Apam Cornetto. 



Ingin melihat Lebih banyak lagi gambar?Bole ke FB Sitti untuk melihat pelbagai jenis produk yang di jual

klik sini J&S Bakery

Hubungi sitti  019-801 1149 

Oct 5, 2012

Brownies & Apam


Assalamualaikum semua…hari jumaat datang lagi. Cepat je kan masa berlalu. Hari ni 5/10/2012 ikut kalender omputeh tapi klo kalender islam da masuk 19 Zulkaedah.tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah masa ke bulan Zulhijah (bulan haji) tapi sedih sebab tahun ni sitti x balik kampong huhuhuhu…

Pagi yang tenang & sejuk je kan..dalam 2 hari ni sitti BZ sesangat dengan kerja yang menimbun..biasala kan da namanya kerja..kali ni nak ceta sal brownie & apam lagi..hope korang x boring sebab sitti asyik cakap sal brownies & apam ni..

Brownies


Apam Ladybird & Polkadot


Khamis (semalam) sitti hantar temphan Yatt & Gina Pink (kawan FB). Yatt tempah brownie & 100 biji apam (50 polkadot & 50 ladybird). Apa yang sitti tahu yatt ni kerja kat bank CIMB.tu je sitti bole cakap yer..lebih² kena tanya empunya badan.takut nanti klo bgtau lebih² ada benda yang berlaku…sitti gak yang susakan. Apa yang sitti tahu kat bank tempat kerja yatt tu ada event.tu bab dia tempah apam dengan sitti.brownies lak yatt cakap tok makan sendiri..lagi pun yatt ni peminat CHESSE..orangnya pun comel & cute..


Yatt requested nak warna pink,baby blue,orange & merah tok apam. Filling lak nak coklat,strawberry,blueberry & mango. Pilihan warna yang ceria & menarik perhatian.sitti pun suka tgk semua apam tu..comel & cute. Nasibla berkenan kat hati yatt..TQ so much yatt.

Polkadot



Ladybird


Sampai jer kat opis terus bg brownies with filling strawberry Gina. Member tu terus g ambik pisau nak makan brownies tu.siap bg sitti makan lagi.sebenarnya sitti pun tak tau macamana rasa chesse bersama strawberry..rupanya sedap sangat hahahahaha (sendiri buat pun x pernah rasa) lawak jer sitti rasa.mana taknya buat jer tahu tapi merasa pun x huhuhhu…

Strawberry filling


* warna coklat tu sebenarnya chesse yer..

Siap corak


Sal corak lak sitti tak tahu nk bt macamana.so sitti main letak jer..tapi Alhamdulillah dorang suka.tapi pas ni sitti nak try corak lain lak.hope sitti dapat buat la..apa yang penting ‘USAHA’. TQ sesangat..




Alhamdulillah sesangat..ni komen yatt..


TQ so so so so much syukur alhamdulillah





Ingin melihat Lebih banyak lagi gambar?Bole ke FB Sitti untuk melihat pelbagai jenis produk yang di jual


Hubungi sitti 019-801 1149

Oct 3, 2012

TQ..


Nothing much to say..

Alhamdulillah dapat gak



Untuk Kesihatan


Alhamdulillah..syukur sangat..TQ

Tart Telur


Assalamualaikum & selamat Pagi semua..hari ni sitti hepi sesangat..alhamdulillah sesangat..TQ Ya ALLAH..Hari ni sitti nak kongsi sikit sal resepi sitti.TART TELUR. Ada kisah disebalik tart telur ni sebenarnya..

Sori yek pic x ok


Sitti sebenarnya x pernah terfikir nak buat tart telur pun..terjadinya tart ni pun sebab anak buah sitti suka sangat tart telur..dia siap order lagi nak tart telur ni.memula tu dia nampak sitti buat tart buah & cheese tart.dia pun tanya bole ke buat tart telur mcm kat kedai tu?..sitti cakap InsyahALLAH bole kot..terus jer order member tu..memula tu ingatkan dia memain jer rupanya SERIUS..dalam hati sitti time tu memang takut sebab x pernah buat.lagi pun sitti fikir memang susa rasanya nak buat (fikir negetif da….) 


Bermula la segala pencarian resepi kat internet..cari punya cari…. akhirnya ada yang berkenaan dihati..tapi sitti ada ubah sikit..kiranya menderhaaaaaka la ni..hahahha.penting menjadi walaupun mederhaaaaaka..Tapi sitti x ingat ambik dari mana..


Inti yang belum masak..


Base yang baru masak


Jom tgk resepi

Bahan base (+- 50 biji )

170 g butter (suhu bilik)
50 gula
290 tepung gandum (ayak dulu)
1 sudu besar serbuk cheese (sitti tambah) kes nak menderhaka. x letak pun x pe..
1 biji telur gred c (klo gred B buang sikit putih telur)
Esen vanilla

Inti Telur

2 biji telur gred A/B
150 Air (klo x nak guna air bole guna susu)
50 gula
20 susu cair/full krim
1 sudu kecik tepung gandum (nak bg pekat)-sitti tambah
Esen vanilla



Cara buat

Bahan Base
1.pukul butter+gula (x ya guna mesin.guna sudu kayu jer) 
2. masukan telur & esen vanilla
3.Tepung tepung sikit² hingga membentuk doh..

Masak : suhu 180oC    Masa:20 minit

Inti telur
1.pukul telur dalu yer..
2.campur semua bahan diatas termasuk telur dan masak(api kecik & sentiasa gaul hingga adunan pekat.
3.Masukan dalam tart dan masak lagi

Masak : Suhu 150oC      Masa: 15/20 minit

*inti telur yang suda masak akan kelihatan cair.ini disebabkan suhu yang panas & apabila tart disejukan, inti telur pun akan membeku..


Baru kuar oven

Tapi sekarang ni alhamdulillah..akhirnya menjadi resepi sitti sehingga sekarang.sitti suka sangat..klo sesepa yang nak guna silakan..share dengan kekawan sekali.ilmu ni bukan milik kita seorang jer tapi milik semua...sekurangnya dapat pahala kan..x rugi..

Rasanya klo x sempat or x da masa nak buat..tempah jer dengan sitti ok..senang, cepat, sedap & berbaloi..

Ingin melihat Lebih banyak lagi gambar?Bole ke FB Sitti untuk melihat pelbagai jenis produk yang di jual


Oct 1, 2012

Asam Garam

Assalamualaikum & Selamat Pagi..pagi ni agak berjerebu sikit rasanya..matahari pun x nampak lagi..klo mendung mesti sejuk kan?..ni tak rasanya kompom jerebu..sepanjang minggu ni agak tegang sikit dengan  keadaan sekeliling..buat dek jer..buat kerja sendiri..rasanya itu yang terbaik kan?..

So pagi ni pun ketegangan berlaku lagi..agak² nya macamana mao menghilangkan ketegangan yek?..klo mao makan kompom badan x akan mengemuk..tapi akan selalu ke tandas...'METABOLISMA' sitti cepat..tu bab badan x pandai nak naik..sykur sangat gak la..amin.

selain makan apa agaknya yang sitti bole buat yek?..masak kompom x makan..membazir jer..melancong ok gak tu tapi $$$$$$ lak masalah..mm entah la..layan perasaan jer kot cara yang terbaik..hihihihi..







Gambar sekadar hiasan..sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling ...pas sedih baru bole epi kan..mcm pic kat bawah ni..






\

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...