Oct 10, 2012

Biskut Cream Cheese (Krim Keju)


Assalamualaikum & selamat tengahari..salam ceria semua. Hari ni x dapat nak buat entry panjang² sangat sebab pagi ini ada kursus berkaiatan dengan kesempurnaan solat. Hope dapatla menyedarkan diri sendiri betapa pentingnya kesempurnaan dalam melakukan ibadat solat..insyahALLAH nanti sitti akan kongsi bersama² yer..

Jom tengak resepi yang sitti buat ni. Resepi ni sitti terlihat kat Sentuhan Rasa Kasih Mama & Hana's menarik perhatian sitti. rasa nak mencuba..membuak² hati nak buat.alhamdulillah dapat gak la. walaupun x secantik macam mama buat tu tapi rasa memang tidak mengecewakan.sitti lupa nak snap time memula buat ni. apa pun hope korang enjoy da pic..resepi ada sekali..


time ni da potong selepas dibiarkan semalaman dalam peti.nyum² memang sedap lemak berkrim sesangat..sitti suka..bole la naikan berat badan sikit..insyahALLAH.. kat atas tu sitti letak sikit serbuk badam, nestum & milo..memang menaikkan selera & wangi sangat..cuma x kemas jer kan..milo x rata tapi SEDAP tau..




Da potong kecik². time ni banyak da masuk molot..memang sedap bangat dong hihihi..sitti merasa seperti berasa di awangan jer huhuhuhu..syukur sangat time ni sebab masih lagi dapat merasa keenakan makanan..amin






Jom tgk resepi 

Bahan

250 g cream cheese- Ct guna tatura
100 g whipping cream
susu pekat - tak de sukatan rasmi sebab sitti main masuk jer then rasa ikut tahap 
                   kemanisan yang dikehendaki.
1 bungkus julie's Cheese Crackers - dalam 1 plastik tu ada 3 baris, sitti guna 2 baris jer
Esen Vanila/lemon - untuk menghilangkan rasa muak pada cheese
Nestum
Milo & serbuk badam - ni sitti sesuka hati tambah hihihi (Kira derhaka jap)

Cara buat

1.Cream cheese dibiarkan suhu bilik. pukul bersama whipping cream sehingga kembang
2.Masukan esen vanilla/lemon bersama dengan susu pekat. yang part ni sitti agak²
   jer ikut kemanisan yang sitti nak.pukul lagi sehingga kembang..

Cara susun dalam loyang-sitti guna loyang 7"

1.Susun biskut dalam loyang yang suda diletakkan plastik.
2.letak cheese atas biskut tadi-part ni sitti guna nozel supaya senang nak ratakan
3.sitti tabur serbuk badam+nestum+milo (nyum² sungguh sedap)
4.ulang proses 1-3 sehingga selesai.
5.selesai semua proses masukan dalam peti sejuk. biarkan semalaman.

* Ni contoh biskut yang sitti guna.


so guys...SELAMAT MENCUBA..


Pagi tadi sebelum g kerja sempat lagi sitti ngap 3 ketol..hahahaha..memang tak le tahan..
klo nak datang umah sitti tapi tinggal sikit da pun..petang ni kompom HABIS hahaha.. 

Enjoy da pic














Ingin melihat Lebih banyak lagi gambar?Bole ke FB Sitti untuk melihat pelbagai jenis produk yang di jual

klik sini J&S Bakery

Hubungi sitti  019-801 1149 

4 comments:

  1. terliur Mat Jo tengok, tuan blog, blanje Mat Jo, ahaks

    ReplyDelete
  2. ei siti kita nak ckit.........ehehehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...