Sep 11, 2012

Bulan OH Bulan...

Bila memandang ke arah langit..pasti kita semua akan mencari bulan kan?..Bulan cantik dipandang tapi tidak dapat dipegang..itu la ciptaan ALLAH yang tidak terfikir oleh akal manusia..Semasa sekolah dulu klo time sains jer mencari Sitti suka sangat sebab cikgu akan cerita sal alam semesta..antara yang menarik perhatian Sitti adalah bulan..




Sitti selalu ingat bulan ini bulat..bila tgk bulan da x bulat Sitti akan fikir bahawa bulan mula MATI sebab anak bulan baru akan lahir..tinggi kan imiginasi Sitti hahahahaha...belajar kat sekolah barula Sitti tahu terdapat beberapa FASA BULAN.

Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan), dan terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap). Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat. <--- Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lunar-albiruni-Sebuah Ilustrasi pergerakan fase bulan dari
buku karya Abu Rayhan al-Biruni – sumber wikipedia.


Memang indah cipataan ALLAH..Teringat lak Filem. 'Di Kala Bulan Mengembang'..Tiap kali je bulan mengembang mesti umi aida akan  bertukar wajah menjadi 'HANTU'..rasa lawak jer time tu tapi bila ingat cara rosyam lari..memang lawak hahahahaha..agak²nya ada lagi x org lari macam tu?..kompius jap mmm..

Apa pun..bg Sitti ciptaan Bulan sungguh indah..







Benar kata lagu Seniman P. Ramlee..

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan

Sep 10, 2012

Apam Ladybird again

Lama x update blog ni rasanya..maklumla Sitti bz dengan kerja..banyak benda kena siapkan on time..tapi tempahan tetapi Sitti ambik..Maklumla Syawal bakal menghilang digantikan dengan bulan Zulkaedah.. Berbaki beberapa hari lagi di bulan Syawal banyak undangan rumah terbuka..Syukur rezeki ALLAH berikan..






Sekarang ni ramai da orang menjadikan apam sebagai juadah hari raya...orang yang paling gembira adalah kanak-kanak..dengan warna yang menarik, bentuk yang bulat & gebu..kecil & cute..sudah pasti akan menarik perhatian sesepa saja..










Sitti bersyukur sangat sebab sekarang apam Sitti suda dikenali ramai orang..walaupun tidak secantik mana tapi insyahALLAH rasa tidak akan mengecewakan..begitu juga dengan bentuknya yang gebu & lembut bila dimakan..Jom layan pic ni..ni adalah tempahan rakan FB Sitti..



























Ingin melihat Lebih banyak lagi gambar?Bole ke FB Sitti untuk melihat pelbagai jenis produk yang di jual



Sep 6, 2012

Jamuan Raya

Bila org masuk jer blog ni mesti igt nak jual kuih jer kan sebab ada perkataan BAKERY..Sitti memang menjual pelbahagi jenis kuih..main Sitti apam..tapi dalam blog ni Sitti tidak hanya tertumpu nk jual kuih jer tapi segal mcm Sitti akan gtau termasuk la info yang bermanafaat..

Kan Pagi tadi Sitti gtau ada jamuan raya..time Sitti g ni pun da kurang.time beratur nak ambik makan tu rezeki Sitti datang..alhamdulillah..Nor dari S.Alam membuat tempahan apam polkadot tok kenduri.tak da pula tanya detail.just wait n C ok...tak de apa nak ceta just lyn je la pic ni..enjoy..









da kenyang da.. kwn² blog ni




Peace & Smile



Sitti x mkn byk sgt..x da selera..maklumla tekak x ok sgt asyik batuk..ni je la yg sitti makan..


Laksa Penang


Jauhkan Laksa ni mai hahahaha..sedap penuh dengan isi ikan..tapi sayang..Sitti x tahan pedas..bagi Sitti Laksa ni pedas..tapi sedap..hanya mkn sikit jer..Tapi apa pun Sitti tetap enjoy..


Pembungkusan Apam

Sedihnya rasa hari ini..terpaksa melepaskan sesuatu yg paling Sitti sayang..tapi InsyahALLAH pas ni mesti Sitti akan dapat yang terbaik..

Tukar mood jap...Hari ni dapat makan FREE jamuan raya..hahahahha bab makan ni ko cepat jer yer tapi kurus gak..itu ayat kawan Sitti yang x puas  hati dengan Sitti hahahaha..


Hari ini Sitti nak ceta sikit sal pembungkusan apam.Sekarang ni telah menjadi trend berikan doorgift kepada tetamu yang datang..dulu zaman mama Sitti x da doorgift² ni cuma ada 'DUIT SALAM' jer..Zaman da semakin moden tu bab banyak benda yang diperbaharui & ditambah untuk menghargai tetamu yang datang..


Ada yang mahal..ada yang murah..ada yang besar..ada yang kecik & cumil..masing² mengikut budget pasangan..terpulang pada diri..pada Sitti penting dapat menghargai tetamu yang datang..




Apam LadyBird sebesar CupCake


Apam Ladybird yang ni memang nampak cumil sangat sebab nampak besar..menarik perhatian dengan warna & bentuknya yang gebu. Tersayang sayang lak nak makan kan..


Apam LadyBird (plastik budget)


Apam ni pun sebesar Cupcake tapi yang ni lak murah sikit berbanding dengan apam yang dalam kotak diatas..selalunya orang akan ambik yang ni sebab murah & senang nak dimasukan dalam paper beg or just bg macam tu jer.


LadyBird Terkurung hahahahaha...



Ni pula gak mhl berbanding dengan 2 apam diatas. Nampak mewah & cumil kan..jika ditambah dengan riben & bunga lagi nampak cantik & menawan..apam ladybird ni kecik sikit. Cup yang digunakan adalah cup yang digunakan untuk membuat 'Almond London'.


Ladybird transparent 



Apam yang ni cumil gak kan?..ni yang jelas nampak semuanya.harga kurang sikit berbanding dengan ladybird yang terkurung dia..







3 Sahabat ladybird dalam plastik



Apam yang ni kecik berbanding dengan apam yang kat atas sekali..tapi harga tetap sama cuma yang ni meriah sikit ada 3 ekor berbanding seekor kat atas tu..








Ni adalah apam yang paling budget antara yang budget..bukan bermakna jika apam budget Sitti akan buat sambil lewa or bg kosong jer..adakalanya kita tgk gak budget org yang menempah.mao yang cumil tapi berbalaoi dengan rasa & hiasan..jangan hanya nak glamour & mewah semata²..akhirnya terlebih budget..macam stacy cakap 'TERLEBIH SUDAH..'hahaha..






Sitti selalu berharap agar apam yang Sitti buat dapat mengembirakan hati orang, membuat org tersenyum & dapat mengerat tali persaudaran. Itu la yang Sitti Harapkan. Panjang pula Mak Sitti berceta yer hahahahaha..jom kita tgk harga lak..


Apam dalam kotak plastik - RM2.00
Apam dalam Plastik bunga - RM1.80
Apam dalam Kotak Kecik (2 ekor) - RM 2.50
Apam dalam Kotak plastik Transparent (2 ekor) - RM 1.50
Apam dalam plastik (3 ekor) - RM1.50
Apam Budget (2 ekor) - RM 1.30
Apam 10 biji - RM 3.80

* Semua harga diatas adalah untuk apam polkadot sahaja. Jika ingin apam ladybird maka harga bagi setiap diatas hendaklah ditambah RM0.10

* Pembelian melebihi 250 ke atas akan mendapat diskaun%

Janganla TAKUT bila tgk harga diatas..semua boleh dibawa berbincang..macam moto Blog ni  'mengikut kemampuan dan bajet poket anda, InsyahALLAH anda pasti tidak akan merasa rugi...'

Ingin melihat Lebih banyak lagi gambar?Bole ke FB Sitti untuk melihat pelbagai jenis produk yang di jual 

Sep 5, 2012

Apam Lagi


Petang ni sejuk sikit alhamdulillah..angin bertiup kuat tengahari tadi takut gak la dibuatnya..Syukur alhamdulillah terang selepas bumi dibasahi dengan rahmat..

Sebenarnya Sitti nak berterima kasih sesangat dengan seseorang.. Kak Azlita (Masam Manis)..memula tu suka² jer buka blog dia sebab suke tgk cara kak Azlita mengambil gambar & banyak resepi masakan..tertarik sgt..blog simpel tapi banyak khazanah ilmu..suka sangat..

Antara yang menarik perhatian Sitti adala apam Kak Azlita..comel sgt..dari sanala bermulanya perniagaan Sitti..




Sitti nak sgt berjumpa muka dengan Kak Azlita..nak berterima Kasih sesgt kerana Blog akak la Sitti berminat memulakan perniagaan ini..






 Sitti bersyukur sgt dengan sokongan semua rakan² yang sentiasa memberi semangat & memberi pendapat..Tak sangka dengan rezeki melawati blog Kak Azlita membuka rezeki..







Sitti berdoa sgt dapat berjumpa Kak Azlita 1 hari nanti..InsyahALLAH...




Ingin melihat Lebih banyak lagi gambar?Bole ke FB Sitti untuk melihat pelbagai jenis produk yang di jual 

My Lovely Apam

Tak banyak yang dapat Sitti ceta sal apam ni. Tapi apa yang Sitti tau sekarang ni suda ramai yang menjual apam. Macam Sitti sendiri la..Alhamdulillah setakat ni semua apam Sitti telah terbang jauh hingga menyeberang Laut China Selatan..


Apam Gebu & Cumil



Selalunya permintan apam mengikut musim..adakalanya hingga tidak cukup tangan..ada tu tak de langsung tapi semua tu kerja ALLAH..setiap hambanya mempunyai rezeki masing² yang penting usaha..itu janji ALLAH..


My 3 Bugs Ladybird



So so so cumil kan


Selalunya Sitti akan gunkan warna² yang terang mcm hijau apple, pink,baby blue, unggu lavender, merah terang, kuning bunga dll..selalunya warna² mcm ni menarik perhatian terutamanya kanak²..warna memainkan peranaan juga dalam menarik perhatian pelanggan..





Harga apam berbeza mengikut design..

Apam polkadot 50 biji - RM 16.00
Apam Mix (pokadot/ladybird/word) 50 biji - RM 17.00
Apam Word 50 biji - RM 17.00
Apam LadyBird 50 biji - RM 18.00

*Penghantaran jua disediakan seluruh Malaysia dengan menggunakan
 POS LAJU - Caj RM 10.00 tok 50 biji 



Apam Mix (Pokadot & Ladybird)



Gemuk²



Ingin melihat Lebih banyak lagi gambar?Bole ke FB Sitti untuk melihat pelbagai jenis produk yang di jual 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...