Sep 11, 2012

Bulan OH Bulan...

Bila memandang ke arah langit..pasti kita semua akan mencari bulan kan?..Bulan cantik dipandang tapi tidak dapat dipegang..itu la ciptaan ALLAH yang tidak terfikir oleh akal manusia..Semasa sekolah dulu klo time sains jer mencari Sitti suka sangat sebab cikgu akan cerita sal alam semesta..antara yang menarik perhatian Sitti adalah bulan..




Sitti selalu ingat bulan ini bulat..bila tgk bulan da x bulat Sitti akan fikir bahawa bulan mula MATI sebab anak bulan baru akan lahir..tinggi kan imiginasi Sitti hahahahaha...belajar kat sekolah barula Sitti tahu terdapat beberapa FASA BULAN.

Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan), dan terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap). Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat. <--- Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lunar-albiruni-Sebuah Ilustrasi pergerakan fase bulan dari
buku karya Abu Rayhan al-Biruni – sumber wikipedia.


Memang indah cipataan ALLAH..Teringat lak Filem. 'Di Kala Bulan Mengembang'..Tiap kali je bulan mengembang mesti umi aida akan  bertukar wajah menjadi 'HANTU'..rasa lawak jer time tu tapi bila ingat cara rosyam lari..memang lawak hahahahaha..agak²nya ada lagi x org lari macam tu?..kompius jap mmm..

Apa pun..bg Sitti ciptaan Bulan sungguh indah..







Benar kata lagu Seniman P. Ramlee..

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...