Assalamualaikum
& selamat tengahari..salam ceria semua. Hari ni x dapat nak buat entry panjang²
sangat sebab pagi ini ada kursus berkaiatan dengan kesempurnaan solat. Hope dapatla
menyedarkan diri sendiri betapa pentingnya kesempurnaan dalam melakukan ibadat
solat..insyahALLAH nanti sitti akan kongsi bersama² yer..
Jom tengak resepi
yang sitti buat ni. Resepi ni sitti terlihat kat Sentuhan Rasa Kasih Mama & Hana's menarik perhatian sitti. rasa nak mencuba..membuak² hati nak buat.alhamdulillah dapat gak la. walaupun x secantik macam mama buat tu tapi rasa memang tidak mengecewakan.sitti lupa nak snap time memula buat ni. apa pun hope korang enjoy da pic..resepi ada sekali..
time ni da potong selepas dibiarkan semalaman dalam peti.nyum² memang sedap lemak berkrim sesangat..sitti suka..bole la naikan berat badan sikit..insyahALLAH.. kat atas tu sitti letak sikit serbuk badam, nestum & milo..memang menaikkan selera & wangi sangat..cuma x kemas jer kan..milo x rata tapi SEDAP tau..
Jom tgk resepi
Bahan
250 g cream
cheese- Ct guna tatura
100 g whipping cream
susu pekat - tak de sukatan rasmi sebab sitti main masuk jer then rasa ikut tahap
susu pekat - tak de sukatan rasmi sebab sitti main masuk jer then rasa ikut tahap
kemanisan yang dikehendaki.
1 bungkus julie's Cheese Crackers - dalam 1 plastik tu ada 3 baris, sitti guna 2 baris jer
Esen Vanila/lemon - untuk menghilangkan rasa muak pada cheese
Nestum
Milo & serbuk badam - ni sitti sesuka hati tambah hihihi (Kira derhaka jap)
Cara buat
1.Cream cheese dibiarkan suhu bilik. pukul bersama whipping cream sehingga kembang
2.Masukan esen vanilla/lemon bersama dengan susu pekat. yang part ni sitti agak²
jer ikut kemanisan yang sitti nak.pukul lagi sehingga kembang..
Cara susun dalam loyang-sitti guna loyang 7"
1.Susun biskut dalam loyang yang suda diletakkan plastik.
2.letak cheese atas biskut tadi-part ni sitti guna nozel supaya senang nak ratakan
3.sitti tabur serbuk badam+nestum+milo (nyum² sungguh sedap)
4.ulang proses 1-3 sehingga selesai.
5.selesai semua proses masukan dalam peti sejuk. biarkan semalaman.
* Ni contoh biskut yang sitti guna.
so guys...SELAMAT MENCUBA..
Pagi tadi sebelum g kerja sempat lagi sitti ngap 3 ketol..hahahaha..memang tak le tahan..
klo nak datang umah sitti tapi tinggal sikit da pun..petang ni kompom HABIS hahaha..
Enjoy da pic
Ingin melihat Lebih banyak lagi gambar?Bole ke FB Sitti untuk melihat pelbagai jenis produk yang di jual
klik sini J&S Bakery
Hubungi sitti 019-801 1149
terliur Mat Jo tengok, tuan blog, blanje Mat Jo, ahaks
ReplyDeletejom jumpa..sitti belanja..
Deleteei siti kita nak ckit.........ehehehe..
ReplyDeletejom datang uma..sitti bg hihihihi
Delete