Assalamualaikum
& selamat Pagi semua..hari ni sitti hepi sesangat..alhamdulillah
sesangat..TQ Ya ALLAH..Hari ni sitti nak kongsi sikit sal resepi sitti.TART TELUR. Ada kisah disebalik tart telur ni
sebenarnya..
Sori yek pic x ok |
Sitti sebenarnya x pernah terfikir nak buat tart telur pun..terjadinya tart ni pun sebab anak buah sitti suka sangat tart telur..dia siap order lagi nak tart telur ni.memula tu dia nampak sitti buat tart buah & cheese tart.dia pun tanya bole ke buat tart telur mcm kat kedai tu?..sitti cakap InsyahALLAH bole kot..terus jer order member tu..memula tu ingatkan dia memain jer rupanya SERIUS..dalam hati sitti time tu memang takut sebab x pernah buat.lagi pun sitti fikir memang susa rasanya nak buat (fikir negetif da….)
Bermula la segala
pencarian resepi kat internet..cari punya cari…. akhirnya ada yang berkenaan
dihati..tapi sitti ada ubah sikit..kiranya menderhaaaaaka la ni..hahahha.penting
menjadi walaupun mederhaaaaaka.. Tapi sitti x ingat
ambik dari mana..
Inti yang belum masak.. |
Base yang baru masak |
Jom tgk resepi
Bahan base (+- 50 biji )
170 g butter (suhu bilik)
50 gula
290 tepung gandum (ayak dulu)
1 sudu besar serbuk cheese (sitti tambah) kes nak menderhaka. x letak pun x pe..
1 biji telur gred c (klo gred B buang sikit
putih telur)
Esen vanilla
Inti Telur
2 biji telur gred A/B
150 Air (klo x nak guna air bole guna susu)
50 gula
20 susu cair/full krim
1 sudu kecik tepung gandum (nak bg pekat)-sitti
tambah
Esen vanilla
Cara buat
Bahan Base
1.pukul butter+gula (x ya guna mesin.guna sudu kayu jer)
2. masukan telur & esen vanilla
3.Tepung tepung sikit² hingga membentuk doh..
Masak : suhu 180oC Masa:20 minit
Inti telur
1.pukul telur dalu yer..
2.campur semua bahan diatas termasuk telur dan
masak(api kecik & sentiasa gaul hingga adunan pekat.
3.Masukan dalam tart dan masak lagi
Masak : Suhu 150oC Masa: 15/20 minit
*inti
telur yang suda masak akan kelihatan cair.ini disebabkan suhu yang panas &
apabila tart disejukan, inti telur pun akan membeku..
Baru kuar oven |
Tapi sekarang ni alhamdulillah..akhirnya menjadi resepi sitti sehingga sekarang.sitti suka sangat..klo sesepa yang nak guna silakan..share dengan kekawan sekali.ilmu ni bukan milik kita seorang jer tapi milik semua...sekurangnya dapat pahala kan..x rugi..
Rasanya klo x sempat or x da masa nak buat..tempah jer dengan
sitti ok..senang, cepat, sedap & berbaloi..
Ingin melihat Lebih banyak lagi gambar?Bole
ke FB Sitti untuk melihat pelbagai jenis produk yang di jual
sedapnya.... kalau ganti egg tu dgn cheeze maz blh x? hehehehe
ReplyDeletebole jer..sebab sitti memang ada jual gak yang guna cheese
Delete