Sep 5, 2012

Light Cheese Cake with Strawberry Jem




Assalamualaikum..pagi ni nak bt teka teki jap..bole x?..hahahha sebenarnya tak de rahsia sgt sal pic kat atas tu..semalam buatnya sebab teringin nak makan sangat.maklumla da lama tak makan...kat atas kek ni masak x sekata sebab lupa nak tukar api oven 10 minit terakhir..apapun rasa memang 'MANTOP'


Cheese Cake

tadaaaaaaa..Plain Cheese Cake with Strawberry Jem..Time ni tak letak lagi strawberry jem..sebenarnya Sitti suka 'baking' tapi bab nak makan tu x sangat sebab..Sitti pun x tau napa tapi bila tgk org mkn, Sitti suka tgk org tersenyum bila makan masakan yang Sitti buat. Walaupun pada hakikatnya x da sedap mcm pro hahahha..penting dapat mengembirakan & memberi perkhidmatan kepada pelanggan pun suda mampu membuat Sitti tersenyum gembira.




Rupa x da la secantik Kak Hause buat tapi rasa memang SEDAP..tak rugi cuba..Kak Hasue Sitti pinjam resepi yek..jom tgk resepi kalo tak pun bole g kat cne 
http://sue-hasue.blogspot.com/2011/05/light-cheese-cakegebu-n-sedapp.html

Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"

• 150g cream cheese [ nak rasa cheese ]
• 300 ml susu segar
• 50 g mentega atau marjerin

• 30 g Minyak Jagung
• 80 g tepung gandum (gantikan tepung naik sendiri. T.gandum abis)
• 80 gram gula halus 
• 3 biji telur saiz A (2 Biji Telur Saiz A, 1 biji Telur saiz B)
• beberapa titik esen vanila/jus lemon


Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.


2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)


3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan


4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..


5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek


6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)


8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.


Ni la Hasilnya..











X da masa nak buat or malas nak fikir..bole la tempah dengan Sitti..Harga pun murah jer.

Ingin melihat Lebih banyak lagi gambar?Bole ke FB Sitti untuk melihat pelbagai jenis produk yang di jual 

2 comments:

  1. sedapnya... kalau guna serbuk CHEEZE MAZ lagi sedap kan ... hehheheh.... suka baca blog ni... kecur

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq akak..rasanya ct memang nak cuba la..sebab tgk resepi akak tu memang rasa nak cuba sangat..cheese akak tu serbuk ker doh?harga bp?nak try resepi baru ni..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...